Sunday 6 January 2013

Cara Nabi Menjaga Kesihatan Diri.


Cara Nabi Menjaga Kesihatan Diri.

Di sini ingin kongsikan bersama  cara hidup sihat Nabi Muhammad amalkan.Bukan bermkana nabi 

terhindar daripada penyakit,tetapi baginda hanya pernah sakit beberapa kali sahaja.

Antara beberapa cara hidup sihat yang baginda amalkan adalah :


Selalu bangun sebelum subuh
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat 
fardu dan solat Subuh secara berjemaah.Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya 
mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit t
ibi serta memperkuatkan akal fikiran.

Aktif menjaga kebersihan
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di 
pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.“Mandi pada hari Jumaat adalah 

sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-

haruman.” 
(Hadis riwayat Muslim).

Tidak pernah makan berlebihan
Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar d
an apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)Dalam 
tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan 
sepertiga lainnya untuk makanan.Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan 
berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

Gemar berjalan kaki
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila 
berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.Ini penting 
untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. 
Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita 
pergi.

Tidak pemarah
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan 
dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.Ada terapi 
yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila 
berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan 
solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah
di hati.

Optimis dan tidak putus asa
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain 
perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

Tidak pernah iri hati
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri 
hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-
sifat mahmudah.”

Pemaaf
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. 
Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.Sekiranya kita 
marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti 
badan sihat.Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, ba nyak lagi 
cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan 
pertemuan dengannya.
Oleh Ustaz Zawawi Yusoh
Untuk Renungan Bersama :) .

No comments:

Post a Comment