Sunday 6 January 2013

Cara Nabi Menjaga Kesihatan Diri.


Cara Nabi Menjaga Kesihatan Diri.

Di sini ingin kongsikan bersama  cara hidup sihat Nabi Muhammad amalkan.Bukan bermkana nabi 

terhindar daripada penyakit,tetapi baginda hanya pernah sakit beberapa kali sahaja.

Antara beberapa cara hidup sihat yang baginda amalkan adalah :


Selalu bangun sebelum subuh
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat 
fardu dan solat Subuh secara berjemaah.Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya 
mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit t
ibi serta memperkuatkan akal fikiran.

Aktif menjaga kebersihan
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di 
pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.“Mandi pada hari Jumaat adalah 

sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-

haruman.” 
(Hadis riwayat Muslim).

Tidak pernah makan berlebihan
Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar d
an apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)Dalam 
tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan 
sepertiga lainnya untuk makanan.Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan 
berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

Gemar berjalan kaki
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila 
berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.Ini penting 
untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. 
Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita 
pergi.

Tidak pemarah
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan 
dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.Ada terapi 
yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila 
berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan 
solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah
di hati.

Optimis dan tidak putus asa
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain 
perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

Tidak pernah iri hati
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri 
hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-
sifat mahmudah.”

Pemaaf
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. 
Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.Sekiranya kita 
marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti 
badan sihat.Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, ba nyak lagi 
cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan 
pertemuan dengannya.
Oleh Ustaz Zawawi Yusoh
Untuk Renungan Bersama :) .

6 Tips Melahirkan Anak Soleh.


6 Tips Melahirkan Anak Yang Soleh.

Islam adalah agama yang sempurna.Islam sudah mengajar dari seluruh aspek  kehidupan,termasuk 

hak anak yang perlu dipenuhi oleh ibubapa.Antara hak anak dalam islam iaitu hendaklah mencari 

pasangan yang baik buat anak yang bakal dilahirkan hasil daripada perkahwinan.Rasullulah pernah 

mengajar pemuda yang ingin berkahwin agar memilih wanita yang baik/solehah.

Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud : seseorang wanita itu dinikahi dengan empat perkara,

kerana hartanya,kerana kedudukannya,kerana kecantikkannya dan kerana agamanya.Pilihlah 

wanita yang beragama maka engkau akan untung :) -(Hadis Riwayat Al-Bukhari).


Pertama hendaklah membaca doa sebelum melakukan hubungan badan agar terhindar daripada 

gangguan syaitan.Rasullulah s.a.w telah mengajar kepada kita seperti dalam satu hadis baginda  

bersabda : "Sekiranya seseorang diantara kamu ketika hendak mendatangi isterinya maka 

hendaklah ia membaca : ( Bismillah allahumma jannibnas syaitana wajannibis syaitana ma 

razaktana).Maksudnya : Dengan nama Allah,ya Allah jauhkanlah syaitan daripada kami dan 

jauhkanlah syaitan dari apa yang engkau rezekikan kepada kami.


Jika Allah takdirkan dengan hubungan tersebut lahir seorang anak,maka syaitan tidak boleh 

memudaratkannya. -(Hadis Riwayat Al-Bukhari).


Kedua hendaklah mengambil berat bayi yang berada dalam kandungan perut ibunya.Perhatian itu 

sama ada kesihatan bayi yang dikandungnya,mahupun sifat-sifat yang akan diturunkan daripada ibu 

kepada anaknya.


Ketiga Seorang ibu hendaklah sedar terhadap apa yang dikerjakan sehariannya agar tidak 

melakukan perkara buruk yang akan berpengaruh kepada bayinya nanti.


Keempat hendaklah menerima dengan senang hati bayi yang dilahirkannya samada perempuann 

ataupun lelaki.Kerana ada dikalangan pasangan yang tidak suka jika lahir anak perempuan.Sikap 

ini adalah sifat jahiliah yang perlu dijauhi.


Kelima memberi nama anak yang baik.Sesungguhnya anak berhak diberi nama yang baik dan sedap 

didengar.Nama itulah yang akan mewakili dirinya untuk kehidupan kelak.Oleh itu jangan tersalah 

bagi nama.Berilah nama yang dianjurkan perhambaan kepada Allah.Nama nabi dan orang yang 

soleh.


Keenam memberikan pendidikan agama yang cukup dan menjaga kesucian anak itu.

Wallahua'lam

Untuk Renungan Bersama :) .




Bumi Akan Menjadi Saksi.


Bumi Akan Menjadi Saksi.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya : Rasullulah s.a.w membaca ayat ini yang bermaksud :

Pada hari itu bumi menceritakan beritanya.kemudian baginda bertanya : adakah kamu tahu apakah yang

akan diberitahu oleh bumi itu nanti ? Para sahabat menjawab : Allah s.w.t dan rasulnya yang lebih 

mengetahui.

Baginda s.a.w bersabda :

Sesungguhnya berita yang akan disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi saksi terhadap

semua perbuatan manusia ,samada lelaki ataupun perempuan terhadap apa yang mereka lakukan di 

atasnya.Bumi akan berkata,Dia telah melakukan itu dan ini pada hari itu dan hari ini.Itulah berita yang 

akan diberitahu oleh bumi.(Hadis Riwayat Imam Tirmizi).

Kesimpulannya Hadis :

- Dorongan supaya melakukan amalan soleh dan menjauhkan diri dari melakukan maksiat.

-Kemampuan Allah s.w.t menjadikan benda-benda yang keras dapat bercakap dimana bumi akan menjadi 

saksi terhadap setiap perkara yang berlaku.

-Larangan keras terhadap orang yang melakukan maksiat,walaupun dia jauh dari pandangan orang lain 

tetapi bumi tetak akan memberi saksi di hadapan Allah s.w.t yang menjadi hakim di hari kiamat kelak.

Untuk renung-renungan bersama :).