Sunday 6 January 2013

6 Tips Melahirkan Anak Soleh.


6 Tips Melahirkan Anak Yang Soleh.

Islam adalah agama yang sempurna.Islam sudah mengajar dari seluruh aspek  kehidupan,termasuk 

hak anak yang perlu dipenuhi oleh ibubapa.Antara hak anak dalam islam iaitu hendaklah mencari 

pasangan yang baik buat anak yang bakal dilahirkan hasil daripada perkahwinan.Rasullulah pernah 

mengajar pemuda yang ingin berkahwin agar memilih wanita yang baik/solehah.

Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud : seseorang wanita itu dinikahi dengan empat perkara,

kerana hartanya,kerana kedudukannya,kerana kecantikkannya dan kerana agamanya.Pilihlah 

wanita yang beragama maka engkau akan untung :) -(Hadis Riwayat Al-Bukhari).


Pertama hendaklah membaca doa sebelum melakukan hubungan badan agar terhindar daripada 

gangguan syaitan.Rasullulah s.a.w telah mengajar kepada kita seperti dalam satu hadis baginda  

bersabda : "Sekiranya seseorang diantara kamu ketika hendak mendatangi isterinya maka 

hendaklah ia membaca : ( Bismillah allahumma jannibnas syaitana wajannibis syaitana ma 

razaktana).Maksudnya : Dengan nama Allah,ya Allah jauhkanlah syaitan daripada kami dan 

jauhkanlah syaitan dari apa yang engkau rezekikan kepada kami.


Jika Allah takdirkan dengan hubungan tersebut lahir seorang anak,maka syaitan tidak boleh 

memudaratkannya. -(Hadis Riwayat Al-Bukhari).


Kedua hendaklah mengambil berat bayi yang berada dalam kandungan perut ibunya.Perhatian itu 

sama ada kesihatan bayi yang dikandungnya,mahupun sifat-sifat yang akan diturunkan daripada ibu 

kepada anaknya.


Ketiga Seorang ibu hendaklah sedar terhadap apa yang dikerjakan sehariannya agar tidak 

melakukan perkara buruk yang akan berpengaruh kepada bayinya nanti.


Keempat hendaklah menerima dengan senang hati bayi yang dilahirkannya samada perempuann 

ataupun lelaki.Kerana ada dikalangan pasangan yang tidak suka jika lahir anak perempuan.Sikap 

ini adalah sifat jahiliah yang perlu dijauhi.


Kelima memberi nama anak yang baik.Sesungguhnya anak berhak diberi nama yang baik dan sedap 

didengar.Nama itulah yang akan mewakili dirinya untuk kehidupan kelak.Oleh itu jangan tersalah 

bagi nama.Berilah nama yang dianjurkan perhambaan kepada Allah.Nama nabi dan orang yang 

soleh.


Keenam memberikan pendidikan agama yang cukup dan menjaga kesucian anak itu.

Wallahua'lam

Untuk Renungan Bersama :) .




No comments:

Post a Comment